Apa itu Linus.

Linus ialah Saringan Literasi dan Numerasi ( Literacy and Numeracy Screening ) iaitu satu program pemulihan untuk memastikan murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pendidikan rendah. Murid-murid yang menghadapi masalah membaca, menulis dan mengira iaitu 3M akan menjalani program ini.

MATLAMAT

“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”

OBJEKTIF

OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI


Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung ‘dan

OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI

Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :

i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter.

Friday 9 December 2011

Manusia Hamba Allah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kata-Kata hikmah dan Semangat Untuk Pelajar


  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci
  • Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati
  • Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan
  • Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
  • Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
  • Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  • Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
  • Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.
  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya
  • Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

10 Little Numbers

Bangau Oh Bangau... Mengapa Engkau Kurus?

Bapaku Pulang Dari Kota - Kereta Kecil Warna Merah

Lagu Tiga Kupang

Lagu kvkkvk anak ayam.wmv

belajar Membaca bahagian 1

perkataan vokal berganding bm pem

Ikan

jumpe lagi...bye...