Apa itu Linus.

Linus ialah Saringan Literasi dan Numerasi ( Literacy and Numeracy Screening ) iaitu satu program pemulihan untuk memastikan murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pendidikan rendah. Murid-murid yang menghadapi masalah membaca, menulis dan mengira iaitu 3M akan menjalani program ini.

MATLAMAT

“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”

OBJEKTIF

OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI


Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung ‘dan

OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI

Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :

i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter.

Friday 9 December 2011

belajar Membaca bahagian 1

No comments:

Post a Comment

Ikan

jumpe lagi...bye...